Assalamualaikumwarahmatullah...
Insya-Allah..pengisian artikel kali ini, saya ingin berkongsi satu cerita
ketokohan seorang sarjana Islam yang sangat terkenal dalam
bidang Kejuruteraan.Beliau ialah Abu al-‘iz ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazari.......
.Ataupun nama singkatnya : al-Jazari
Sedikit pengenalan latar belakang:
- Beliau dinamakan bersempena dengan nama kawasan kelahirannya; Al-Jazira ,
- kawasan utara Mesopotamia
- Seperti ayahnya, beliau merupakan seorang artis seni pertukangan,
- oleh itu beliau sebenarnya lebih kepada jurutera praktikal berbanding jurutera yang mementingkan toeri dan kira-kira.
- Menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices.Dalam buku tersebut,beliau mempamerkan 50 alat mesin dan cara pembuatannya.
- Antara hasil kerjanya yang terkenal ialah dalam pembuatan mesin Automata (mesin yang bergerak sendiri melalui kesinambungan mekanisma peralihan tenaga dalam sesuatu sistem).Mesin-mesin automata ini pula digabungkan dengan konsep keseniaan yang akhirnya menghasilkan konsep teknikal yang indah.
- Dalam sejarah Barat;beliau dikenali dengan nama Father of Robotics.
Contoh-contoh hasil kerja Al-Jazari:

Kincir air

Automata Musik
Apa yang antum lihat ialah patung-patung kayu tersebut akan memainkan alat muzik masing-masing apabila air dialirkan.


Alat mengangkut air.
Konsep-konsep yang digunakan oleh al-Jazira kebanyakannya menggunakan tenaga daripada air.
Kesemua contoh-contoh alat ini sudah cukup membuktikan betapa gemilangnya Sarjana Islam pada masa dahulu.Sehinggakan al-Jazira digelar Father of Robotics oleh ahli Sains moden.
Semoga kita bersemangat kembali untuk terus membangun dan menyumbang kepada Kemajuan dunia akhirat manusia sejagat..Khususnya untuk kemjuan umat Islam..
Wallahualam
rujukan:wikipedia.com
rujukan:wikipedia.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan