APA ITU IBS
Sistem
Binaan Berindustri (IBS) juga dikenali sebagai pembinaan pasang siap :
sistem pembinaan di mana komponen diperbuat di kilang, di tapak atau di
luar tapak, diangkut dan kemudian dipasang menjadi sebuah struktur
dengan kerja yang minimum. Lima jenis IBS yang biasa digunakan di
Malaysia adalah :
sistem kerangka panel dan kekotak konkrit pratuang
sistem kerangka keluli
sistem kerangka kayu pra-siap
sistem acuan keluli
sistem blok pratuang
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) meminta semua
pihak dalam industri pembinaan tempatan menggunakan Sistem Binaan
Berindustri (IBS) kerana sistem itu mampu
menjimatkan 35 peratus daripada kos pembinaan dan menjimatkan masa sehingga 50 peratus.
Pengerusi
CIDB Tan Sri Ir Jamilus Hussein berkata, bagi memastikan saranan itu
berjaya, CIDB merancang mewujudkan pelan induk dalam tempoh terdekat
bagi memastikan sistem itu yang mampu mengurangkan tenaga pekerja asing,
dilaksanakan.
Khamis, 27 September 2012
Perkembangan kerja-kerja di Bangunan Baru LPJ
PERKEMBANGAN KERJA DI BANGUNAN BARU LPJ
Bil.
|
Butiran
Kerja
|
Perancangan
(%)
|
Sebenar (%)
|
1
|
Preliminaries
|
47%
|
47%
|
2
|
Pembersihan
tapak
|
100%
|
100%
|
3
|
Kerja
tanah
|
100%
|
60%
|
4
|
Kerja
Cerucuk
|
100%
|
99%
|
5
|
BANGUNAN PEJABAT
Pengorekan
|
100%
|
99%
|
6
|
Pile caps & stumps
|
100%
|
81%
|
7
|
Ground beams
|
100%
|
45%
|
8
|
Ground slab
|
100%
|
26%
|
9
|
Peringkat
Reka Bentuk IBS
|
100%
|
100%
|
10
|
Komponen IBS
|
15%
|
4%
|
11
|
BLOK MEKANIKAL
Pengorekan
Untuk Penapak
|
100%
|
100%
|
12
|
Penapak
|
100%
|
100%
|
13
|
Ground beams
|
100%
|
100%
|
|
TOTAL
|
13.05%
|
7.08%
|
Rabu, 19 September 2012
Pelabuhan Tanjung Pelepas membeli kren baru
JOHOR BAHRU 2 Julai - Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) melabur RM1.4 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk membeli kren baru, menaik taraf kren gantri beroda getah (RTG) sedia ada kepada berkuasa elektrik dan membina dermaga pelabuhan baru.
Pengerusinya, Datuk Mohd. Sidik Shaik Osman berkata, pembelian kren dengan kapasiti lebih besar itu bagi memenuhi keperluan semasa memandangkan semakin banyak syarikat perkapalan kini membina kapal lebih besar.
Beliau berkata, sebagai contoh syarikat Evergreen sedang membina 10 buah kapal bersaiz mega dengan kapasiti muatan 13,800 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) dan Maersk Line yang turut menyiapkan 20 buah kapal 'Maersk Triple-E' di Korea Selatan yang bersaiz sangat besar.
"Tiada satu pun kren yang digunakan di pelabuhan seluruh dunia hari ini dapat mengendalikan kapal-kapal mega ini kerana tidak cukup besar. Jadi, pelabuhan memerlukan kren-kren baru yang lebih canggih, tinggi dan jangkauan luar yang lebih jauh.
"PTP bersama enam pelabuhan antarabangsa lain seperti Felixstowe, Bremerhaven, Rotterdam, Yantian, Shanghai and Ningbo yang dipilih Maersk Line untuk program 'Daily Maersk' perlu membina kren baru bagi membolehkan pengendalian kontena di kapal-kapal ini. PTP kini berada di peringkat perolehan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Sidik berkata, PTP merancang untuk mendapatkan lapan buah kren baru yang menelan belanja RM250 juta, selain pelaburan untuk 32 unit kren RTG tambahan yang melibatkan kos lebih RM200 juta dan pembinaan dua dermaga tambahan yang mampu mengendali lapan juta TEU pada tahun ini.
Menurutnya, pencapaian yang ditunjukkan PTP setakat ini amat memberangsangkan apabila telah mencatat rekod baru dengan pengendalian 697,617 TEU pada bulan lalu, sekali gus memecahkan rekod sama sebanyak 679,256 TEU pada Mac lalu.
Beliau menyifatkan prestasi yang baik ini bertepatan dengan objektif PTP untuk memberikan perkhidmatan pelabuhan yang efisien secara berterusan.
Ia dilakukan melalui pemindahan kontena yang pantas dan tempoh pusingan kapal yang pendek serta seterusnya meningkatkan produktiviti pelabuhan.
"Untuk memastikan kedudukan PTP terus kukuh, kami perlu berusaha meningkatkan prestasi dan melabur dalam teknologi terkini dari semasa ke semasa," katanya.
Mohd. Sidik berkata, PTP turut menyedari peningkatan pengendalian kontena dari seluruh negara yang ditransitkan melalui PTP dengan pengendalian sebanyak 230,000 TEU kontena dari kawasan utara dan 320,000 TEU kontena dari kawasan tengah Semenanjung Malaysia pada tahun lalu.
Katanya, PTP menjadi pilihan kerana fasiliti moden yang dimiliki dan peralatan baru itu nanti bakal meningkatkan kapasiti daripada 8.4 juta kepada 10 juta TEU setiap tahun dengan kemungkinan besar memerlukan pembinaan dermaga pelabuhan baru dengan peralatan secukupnya setiap tahun.
Jurutera terkenal Islam
Assalamualaikumwarahmatullah...
Insya-Allah..pengisian artikel kali ini, saya ingin berkongsi satu cerita
ketokohan seorang sarjana Islam yang sangat terkenal dalam
bidang Kejuruteraan.Beliau ialah Abu al-‘iz ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazari.......
.Ataupun nama singkatnya : al-Jazari
Sedikit pengenalan latar belakang:
- Beliau dinamakan bersempena dengan nama kawasan kelahirannya; Al-Jazira ,
- kawasan utara Mesopotamia
- Seperti ayahnya, beliau merupakan seorang artis seni pertukangan,
- oleh itu beliau sebenarnya lebih kepada jurutera praktikal berbanding jurutera yang mementingkan toeri dan kira-kira.
- Menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices.Dalam buku tersebut,beliau mempamerkan 50 alat mesin dan cara pembuatannya.
- Antara hasil kerjanya yang terkenal ialah dalam pembuatan mesin Automata (mesin yang bergerak sendiri melalui kesinambungan mekanisma peralihan tenaga dalam sesuatu sistem).Mesin-mesin automata ini pula digabungkan dengan konsep keseniaan yang akhirnya menghasilkan konsep teknikal yang indah.
- Dalam sejarah Barat;beliau dikenali dengan nama Father of Robotics.
Contoh-contoh hasil kerja Al-Jazari:
Kincir air
Automata Musik
Apa yang antum lihat ialah patung-patung kayu tersebut akan memainkan alat muzik masing-masing apabila air dialirkan.
Alat mengangkut air.
Konsep-konsep yang digunakan oleh al-Jazira kebanyakannya menggunakan tenaga daripada air.
Kesemua contoh-contoh alat ini sudah cukup membuktikan betapa gemilangnya Sarjana Islam pada masa dahulu.Sehinggakan al-Jazira digelar Father of Robotics oleh ahli Sains moden.
Semoga kita bersemangat kembali untuk terus membangun dan menyumbang kepada Kemajuan dunia akhirat manusia sejagat..Khususnya untuk kemjuan umat Islam..
Wallahualam
rujukan:wikipedia.com
rujukan:wikipedia.com
Selasa, 18 September 2012
Langgan:
Catatan (Atom)