Minggu ini
dunia agak gempar dengan penemuan Higg Boson. Walaubagaimanapun, di
Malaysia, berita ini tenggelam di sebalik drama televisyen Dejavu di KK,
video skandal Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, pendedahan blog
Uncle Seeker dan nukilan ayat-ayat cinta di facebook. Tidak ramai yang
mempedulikan berita ini kerana ia bukanlah perkara yang mudah difahami
dan kebanyakan orang awam tidak mengetahui apakah kesan penemuan ini
pada kehidupan manusia.
Apa itu Higg Boson? Kenapa seluruh dunia tiba-tiba bercakap tentang
perkara ini? Untuk memahami perkara ini, kita perlu menyoal diri sendiri
"Kita (manusia) dan semua benda yang terdapat di dalam semesta ini
diperbuat daripada apa?"
Pada zaman dahulu, manusia menganggap semua benda dijadikan daripada 4
unsur utama: angin, tanah, api dan air. Kemudian, apabila teknologi
semakin maju, kita memahami bahawa semua benda diperbuat daripada atom
atau zarah. Saiz atom ini tersangatlah kecil, iaitu lingkungan 10 x 10-12 meter.
Kemudian, ahli sains ingin mengetahui apakah yang terdapat di dalam
atom. Jadi mereka telah memacukan dua atom pada kelajuan tinggi dan
memaksa atom-atom ini bertembung antara satu sama lain. Hasil daripada
pertembungan itu, mereka telah menemui 3 partikel yang dinamakan proton,
neutron dan elektron. Sudah tentu saiz proton, neutron dan elektron
lebih kecil daripada atom.
Untuk melihat apa yang terdapat di dalam partikel pula, mereka buat
perkara yang sama: memacukan partikel tersebut pada kelajuan tinggi dan
memaksa partikel ini bertembung antara satu sama lain. Walabagaimanapun,
memacukan partikel pada kelajuan tinggi memerlukan tenaga yang sangat
besar. Oleh itu, Kesatuan Eropah membelanjakan USD10 billion untuk
membina fasiliti di Eropah yang dinamakan Large Hadron Collider (LHC)
dan ianya siap pada 2008. Fasiliti ini adalah pemecut partikel yang
mampu memecutkan partikel sehingga menghampiri kelajuan cahaya dan
memaksa partikel bertembung antara satu sama lain.
Menerusi fasiliti Large Hadron Collide, ahli fizik mendapati
proton dan neutron terdiri daripada beberapa subpartikel yang dinamakan
'quark'. Walaubagaimanapun, mereka tidak menemui apa-apa di dalam
'quark'. Kosong. Tetapi menariknya, mereka mengesan kewujudan medan
tenaga atau kuasa di dalam 'quark' itu.
Sebelum itu, saintis berteori terdapat 4 jenis kuasa yang mempengaruhi
semua benda dalam alam semesta ini, iaitu kuasa graviti, kuasa
elektromagnet, kuasa pereputan radioaktif dan satu kuasa asing. Kuasa
asing inilah yang dikesan terdapat dalam 'quark' tersebut dan kuasa ini
dinamakan Higg Boson. Kuasa Higg Boson yang membuatkan 'quark' mempunyai
jisim. Daripada pengaruh kuasa ini, 'quark' kemudian membentuk menjadi
partikel, partikel membentuk menjadi atom, atom membentuk menjadi
molekul atau DNA, molekul atau DNA yang membentuk menjadi benda-benda
yang terdapat di dalam semesta termasuklah manusia. Ada pihak menganggap
kuasa Higg Boson ini adalah partikel tuhan (god particle)
Secara ringkasnya, kuasa Higg Boson inilah yang membuatkan semua benda
mempunyai berat, bentuk dan sifat. Batu bersifat berat dan keras, ular
bersifat panjang, garam bersifat masin, semua ini terjadi daripada kuasa
Higg Boson. Tanpa kuasa Higg Boson, kita semua dan benda di alam
semesta ini akan terlerai menjadi subpartikel yang bergerak pada
kelajuan cahaya.
Saintis yang mencadangkan kewujudan kuasa Higg boson ini ialah Peter
Higg. Sudah tentu nama kuasa Higg Boson ini diambil daripada namanya dan
kini beliau berusia 83 tahun. Idea kuasa Higg boson ini telah dikemukan
pada 1964, dan pada 2012 teori ini telah dapat dibuktikan.
Jadi, apakah faedah ahli sains menemui kuasa Higg boson ini? Ini adalah
permulaan yang baik untuk ahli sains memahami kejadian alam semester
selepas peristiwa Big Bang. Ada pendapat liar menyatakan apabila ahli
sains telah memahami sifat kuasa Higg Boson ini, manusia dikatakan mampu
'bertindak' seolah-olah seperti Tuhan , iaitu mampu mencipta pelbagai
benda asas seperti gas, air, besi, emas, dan sebagainya hanya dengan
memanipulasi subpartikel 'quark' dan kuasa Higg Boson. Wallahualam.